Thursday, 23 April 2015

Buletin APIDA 1 (2015)

Assalamualaikum wbt.
Tadi, kita dikejutkan lagi dgn satu berita yang tidak berapa baik dari asrama yg tercinta.

 Asrama Puteri Dang Anum Dilanda Ribut dan Panah Petir Sehingga Meruntuhkan Bumbung

23/4/2015 : Asrama Puteri Dang Anum (APIDA) di SMK Dang Anum terlibat dalam satu keruntuhan bumbung kecil yang berada di dinding hadapan asrama akibat ribut yang melanda kawasan tersebut pada petang tadi. Kejadian ini disaksikan sendiri oleh Pengawal Asrama apabila beliau terdengar satu bunyi yang kuat diselangi dengan angin yang kencang serta hujan lebat dan petir petang tadi.

Berikut adalah sedikit paparan keadaan asrama yang terjejas...











Gambar - gambar yang dipaparkan diatas dihantar oleh penyelia asrama dalam sebuah group dalam media sosial WhatsApp. CCTV yang baru dipasang juga turut mengalami nasib yang sama kerana kedudukannya begitu hampir dengan bumbung yang jatuh itu.

Sekian.

No comments:

Post a Comment